MAC 2025

YAB Premier Santuni Anak Yatim Dan Perkukuh Silaturahim Di Majlis Berbuka Puasa DBKU


KUCHING, 21 Mac 2025 – YAB Premier Sarawak telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN), Petra Jaya pada malam tadi. Kehadiran YAB Premier telah menyerikan lagi majlis yang turut dihadiri oleh pemimpin negeri yang lain serta lebih kurang 300 kakitangan DBKU. Majlis ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. 

Sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, YAB Premier turut menyaksikan sesi penyerahan sumbangan Ramadan oleh DBKU kepada 20 orang anak yatim dari Pusat Kebajikan Datuk Amar Hajjah Jumaani. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan yang dilaksanakan sempena bulan Ramadan.

Kehadiran YAB Premier Sarawak bersama para pemimpin negeri yang lain termasuk Yang Berhormat Dato Sri John Sikie Ak Tayai (Menteri di Jabatan Premier Sarawak); Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki (Setiausaha Kerajaan Sarawak) serta Yang Berbahagia Datin Amar Hajah Baduyah Haji Bujang; Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi (Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak) serta Yang Berbahagia Datin Hajah Siti Shorgayah binti Ahmad Zaidin; Yang Berhormat Datuk Dr Hazland bin Abang Haji Hipni (Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam) serta Yang Berbahagia Datin Hajah Dayang Halimah Abang Paul dan Yang Berbahagia Dato Haji Hilmy bin Haji Othman (Datuk Bandar Kuching Utara) serta Yang Berhormat Dif-Dif Kenamaan yang lain, Ketua-Ketua Jabatan, Pengurusan dan Staf DBKU serta Rakan-Rakan Media, telah menyerlahkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan hubungan erat antara kepimpinan, agensi kerajaan, dan rakyat terus terjalin. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk merapatkan hubungan, malah turut menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan masyarakat.